Back to LanguagesPrevious ChapterNext Chapter
Malay - Chapter 55 - Ar-Rahman
Translation by Abdullah Muhammad Basmeih — Permalink
Verse 1 — Surah Ar-Rahman 55:1
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya
Verse 2 — Surah Ar-Rahman 55:2
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran
Verse 3 — Surah Ar-Rahman 55:3
Dia lah yang telah menciptakan manusia
Verse 4 — Surah Ar-Rahman 55:4
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan
Verse 5 — Surah Ar-Rahman 55:5
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu
Verse 6 — Surah Ar-Rahman 55:6
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya
Verse 7 — Surah Ar-Rahman 55:7
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan
Verse 8 — Surah Ar-Rahman 55:8
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan
Verse 9 — Surah Ar-Rahman 55:9
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang
Verse 10 — Surah Ar-Rahman 55:10
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain
Verse 11 — Surah Ar-Rahman 55:11
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang
Verse 12 — Surah Ar-Rahman 55:12
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum
Verse 13 — Surah Ar-Rahman 55:13
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)
Verse 14 — Surah Ar-Rahman 55:14
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar
Verse 15 — Surah Ar-Rahman 55:15
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang
Verse 16 — Surah Ar-Rahman 55:16
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 17 — Surah Ar-Rahman 55:17
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat
Verse 18 — Surah Ar-Rahman 55:18
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 19 — Surah Ar-Rahman 55:19
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu
Verse 20 — Surah Ar-Rahman 55:20
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya
Verse 21 — Surah Ar-Rahman 55:21
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 22 — Surah Ar-Rahman 55:22
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan
Verse 23 — Surah Ar-Rahman 55:23
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 24 — Surah Ar-Rahman 55:24
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang
Verse 25 — Surah Ar-Rahman 55:25
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 26 — Surah Ar-Rahman 55:26
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
Verse 27 — Surah Ar-Rahman 55:27
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
Verse 28 — Surah Ar-Rahman 55:28
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 29 — Surah Ar-Rahman 55:29
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)
Verse 30 — Surah Ar-Rahman 55:30
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 31 — Surah Ar-Rahman 55:31
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin
Verse 32 — Surah Ar-Rahman 55:32
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 33 — Surah Ar-Rahman 55:33
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)
Verse 34 — Surah Ar-Rahman 55:34
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 35 — Surah Ar-Rahman 55:35
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)
Verse 36 — Surah Ar-Rahman 55:36
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 37 — Surah Ar-Rahman 55:37
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak
Verse 38 — Surah Ar-Rahman 55:38
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 39 — Surah Ar-Rahman 55:39
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)
Verse 40 — Surah Ar-Rahman 55:40
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 41 — Surah Ar-Rahman 55:41
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)
Verse 42 — Surah Ar-Rahman 55:42
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 43 — Surah Ar-Rahman 55:43
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya
Verse 44 — Surah Ar-Rahman 55:44
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya
Verse 45 — Surah Ar-Rahman 55:45
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 46 — Surah Ar-Rahman 55:46
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga
Verse 47 — Surah Ar-Rahman 55:47
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 48 — Surah Ar-Rahman 55:48
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan
Verse 49 — Surah Ar-Rahman 55:49
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 50 — Surah Ar-Rahman 55:50
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir
Verse 51 — Surah Ar-Rahman 55:51
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 52 — Surah Ar-Rahman 55:52
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa)
Verse 53 — Surah Ar-Rahman 55:53
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 54 — Surah Ar-Rahman 55:54
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik
Verse 55 — Surah Ar-Rahman 55:55
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 56 — Surah Ar-Rahman 55:56
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin
Verse 57 — Surah Ar-Rahman 55:57
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 58 — Surah Ar-Rahman 55:58
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan
Verse 59 — Surah Ar-Rahman 55:59
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 60 — Surah Ar-Rahman 55:60
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga
Verse 61 — Surah Ar-Rahman 55:61
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 62 — Surah Ar-Rahman 55:62
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua)
Verse 63 — Surah Ar-Rahman 55:63
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 64 — Surah Ar-Rahman 55:64
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya
Verse 65 — Surah Ar-Rahman 55:65
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 66 — Surah Ar-Rahman 55:66
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya
Verse 67 — Surah Ar-Rahman 55:67
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 68 — Surah Ar-Rahman 55:68
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima
Verse 69 — Surah Ar-Rahman 55:69
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 70 — Surah Ar-Rahman 55:70
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya
Verse 71 — Surah Ar-Rahman 55:71
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 72 — Surah Ar-Rahman 55:72
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing
Verse 73 — Surah Ar-Rahman 55:73
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 74 — Surah Ar-Rahman 55:74
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin
Verse 75 — Surah Ar-Rahman 55:75
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 76 — Surah Ar-Rahman 55:76
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah
Verse 77 — Surah Ar-Rahman 55:77
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Verse 78 — Surah Ar-Rahman 55:78
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan