Back to LanguagesPrevious ChapterNext Chapter
Malay - Chapter 56 - Al-Waqiah
Translation by Abdullah Muhammad Basmeih — Permalink
Verse 1 — Surah Al-Waqiah 56:1
Apabila berlaku hari kiamat itu
Verse 2 — Surah Al-Waqiah 56:2
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya
Verse 3 — Surah Al-Waqiah 56:3
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)
Verse 4 — Surah Al-Waqiah 56:4
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan
Verse 5 — Surah Al-Waqiah 56:5
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya
Verse 6 — Surah Al-Waqiah 56:6
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Verse 7 — Surah Al-Waqiah 56:7
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya)
Verse 8 — Surah Al-Waqiah 56:8
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu
Verse 9 — Surah Al-Waqiah 56:9
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu
Verse 10 — Surah Al-Waqiah 56:10
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak)
Verse 11 — Surah Al-Waqiah 56:11
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah)
Verse 12 — Surah Al-Waqiah 56:12
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat
Verse 13 — Surah Al-Waqiah 56:13
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu
Verse 14 — Surah Al-Waqiah 56:14
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian
Verse 15 — Surah Al-Waqiah 56:15
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata
Verse 16 — Surah Al-Waqiah 56:16
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan
Verse 17 — Surah Al-Waqiah 56:17
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka
Verse 18 — Surah Al-Waqiah 56:18
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir
Verse 19 — Surah Al-Waqiah 56:19
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya
Verse 20 — Surah Al-Waqiah 56:20
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih
Verse 21 — Surah Al-Waqiah 56:21
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini
Verse 22 — Surah Al-Waqiah 56:22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya
Verse 23 — Surah Al-Waqiah 56:23
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya
Verse 24 — Surah Al-Waqiah 56:24
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan
Verse 25 — Surah Al-Waqiah 56:25
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa
Verse 26 — Surah Al-Waqiah 56:26
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)
Verse 27 — Surah Al-Waqiah 56:27
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu
Verse 28 — Surah Al-Waqiah 56:28
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri
Verse 29 — Surah Al-Waqiah 56:29
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya
Verse 30 — Surah Al-Waqiah 56:30
Dan naungan yang tetap terbentang
Verse 31 — Surah Al-Waqiah 56:31
Dan air yang sentiasa mengalir
Verse 32 — Surah Al-Waqiah 56:32
Serta buah-buahan yang banyak
Verse 33 — Surah Al-Waqiah 56:33
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya
Verse 34 — Surah Al-Waqiah 56:34
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya
Verse 35 — Surah Al-Waqiah 56:35
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa
Verse 36 — Surah Al-Waqiah 56:36
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)
Verse 37 — Surah Al-Waqiah 56:37
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya
Verse 38 — Surah Al-Waqiah 56:38
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
Verse 39 — Surah Al-Waqiah 56:39
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu
Verse 40 — Surah Al-Waqiah 56:40
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian
Verse 41 — Surah Al-Waqiah 56:41
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu
Verse 42 — Surah Al-Waqiah 56:42
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Verse 43 — Surah Al-Waqiah 56:43
Serta naungan dari asap hitam
Verse 44 — Surah Al-Waqiah 56:44
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan
Verse 45 — Surah Al-Waqiah 56:45
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)
Verse 46 — Surah Al-Waqiah 56:46
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar
Verse 47 — Surah Al-Waqiah 56:47
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula
Verse 48 — Surah Al-Waqiah 56:48
Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)
Verse 49 — Surah Al-Waqiah 56:49
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian
Verse 50 — Surah Al-Waqiah 56:50
Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum
Verse 51 — Surah Al-Waqiah 56:51
Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat)
Verse 52 — Surah Al-Waqiah 56:52
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum
Verse 53 — Surah Al-Waqiah 56:53
Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu
Verse 54 — Surah Al-Waqiah 56:54
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak
Verse 55 — Surah Al-Waqiah 56:55
Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas
Verse 56 — Surah Al-Waqiah 56:56
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu
Verse 57 — Surah Al-Waqiah 56:57
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)
Verse 58 — Surah Al-Waqiah 56:58
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)
Verse 59 — Surah Al-Waqiah 56:59
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya
Verse 60 — Surah Al-Waqiah 56:60
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan
Verse 61 — Surah Al-Waqiah 56:61
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya
Verse 62 — Surah Al-Waqiah 56:62
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak)
Verse 63 — Surah Al-Waqiah 56:63
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam
Verse 64 — Surah Al-Waqiah 56:64
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya
Verse 65 — Surah Al-Waqiah 56:65
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal
Verse 66 — Surah Al-Waqiah 56:66
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian
Verse 67 — Surah Al-Waqiah 56:67
Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
Verse 68 — Surah Al-Waqiah 56:68
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum
Verse 69 — Surah Al-Waqiah 56:69
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya
Verse 70 — Surah Al-Waqiah 56:70
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur
Verse 71 — Surah Al-Waqiah 56:71
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)
Verse 72 — Surah Al-Waqiah 56:72
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya
Verse 73 — Surah Al-Waqiah 56:73
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir
Verse 74 — Surah Al-Waqiah 56:74
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)
Verse 75 — Surah Al-Waqiah 56:75
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran
Verse 76 — Surah Al-Waqiah 56:76
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya
Verse 77 — Surah Al-Waqiah 56:77
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan)
Verse 78 — Surah Al-Waqiah 56:78
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara
Verse 79 — Surah Al-Waqiah 56:79
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci
Verse 80 — Surah Al-Waqiah 56:80
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam
Verse 81 — Surah Al-Waqiah 56:81
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini
Verse 82 — Surah Al-Waqiah 56:82
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)
Verse 83 — Surah Al-Waqiah 56:83
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya
Verse 84 — Surah Al-Waqiah 56:84
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya
Verse 85 — Surah Al-Waqiah 56:85
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
Verse 86 — Surah Al-Waqiah 56:86
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)
Verse 87 — Surah Al-Waqiah 56:87
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar
Verse 88 — Surah Al-Waqiah 56:88
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin
Verse 89 — Surah Al-Waqiah 56:89
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan
Verse 90 — Surah Al-Waqiah 56:90
Dan jika ia dari puak kanan
Verse 91 — Surah Al-Waqiah 56:91
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan
Verse 92 — Surah Al-Waqiah 56:92
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat
Verse 93 — Surah Al-Waqiah 56:93
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak
Verse 94 — Surah Al-Waqiah 56:94
Serta bakaran api neraka
Verse 95 — Surah Al-Waqiah 56:95
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini
Verse 96 — Surah Al-Waqiah 56:96
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar