Back to LanguagesPrevious ChapterNext Chapter
Malay - Chapter 81 - At-Takwir
Translation by Abdullah Muhammad Basmeih — Permalink
Verse 1 — Surah At-Takwir 81:1
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)
Verse 2 — Surah At-Takwir 81:2
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak
Verse 3 — Surah At-Takwir 81:3
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)
Verse 4 — Surah At-Takwir 81:4
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar
Verse 5 — Surah At-Takwir 81:5
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan
Verse 6 — Surah At-Takwir 81:6
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur
Verse 7 — Surah At-Takwir 81:7
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya
Verse 8 — Surah At-Takwir 81:8
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya
Verse 9 — Surah At-Takwir 81:9
Dengan dosa apakah ia dibunuh
Verse 10 — Surah At-Takwir 81:10
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan
Verse 11 — Surah At-Takwir 81:11
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya
Verse 12 — Surah At-Takwir 81:12
Dan apabila neraka dinyalakan menjulang
Verse 13 — Surah At-Takwir 81:13
Dan apabila Syurga didekatkan
Verse 14 — Surah At-Takwir 81:14
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya
Verse 15 — Surah At-Takwir 81:15
Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul
Verse 16 — Surah At-Takwir 81:16
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya
Verse 17 — Surah At-Takwir 81:17
Dan malam, apabila ia hampir habis
Verse 18 — Surah At-Takwir 81:18
Dan siang, apabila ia mulai terang
Verse 19 — Surah At-Takwir 81:19
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia
Verse 20 — Surah At-Takwir 81:20
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy
Verse 21 — Surah At-Takwir 81:21
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai
Verse 22 — Surah At-Takwir 81:22
Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh)
Verse 23 — Surah At-Takwir 81:23
Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata
Verse 24 — Surah At-Takwir 81:24
Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib
Verse 25 — Surah At-Takwir 81:25
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam
Verse 26 — Surah At-Takwir 81:26
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)
Verse 27 — Surah At-Takwir 81:27
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam
Verse 28 — Surah At-Takwir 81:28
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul
Verse 29 — Surah At-Takwir 81:29
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam