Back to Languages

Malay - Chapter 66 - At-Tahrim

Translation by Abdullah Muhammad Basmeih — Permalink

Verse 1 — Surah At-Tahrim 66:1

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani